Terkejut beruk dicaj RM1,830 ketam masak cili!! (6 Gambar)


Makanan laut sememangnya dikenali dengan harga yang mahal...

Namun bagi sebuah keluarga Filipina yang sedang melancong di negara jiran Singapura terkejut beruk apabila mereka dikenakan caj makanan laut sebanyak $ 1,186.20 (RM3070)

Hanya juadah ketam masak cili sahaja mengambil kos sebanyak $707 (RM1830).

Keluarga itu yang bertandang ke Forum Seafood Village Restaurant di Boat Quay pada 26 April 2014 turut memesan udang, ikan dan sepinggan sayur-sayuran.

Encik Santiago Caaway , 54, berkata jumlah bil yang dikenakan adalah lebih daripada tiket penerbangan mereka pulang balik ke negara itu.



Restoran itu sebelum ini sering dilanda kontroversi dengan aduan pelancong yang mendakwa caj dikenakan tidak munasabah

Tetapi jurucakap Forum Seafood Thomas Tham berkata restoran itu dengan jelas menyatakan harga dan pelanggan tahu berapa kos setiap hidangan.

Malah, ketam yang dipesan keluarga Satiago bukanlah jenis ketam biasa. Ketam tersebut adalah Alaskan King Crab yang memang dikategorikan sebagai ketam yang mahal.

Encik Caaway mengatakan mereka langsung tidak tahu jenis-jenis ketam yang ada di dalam menu yang disediakan.

“Kami dengar Singapura terkenal dengan ketam masak cili, jadi kami pikir perlu mencubanya.” Tambah Encik Caaway yang nyata kecewa ketika menjawab pertanyaaan media.



0 Response to "Terkejut beruk dicaj RM1,830 ketam masak cili!! (6 Gambar)"

Post a Comment