Isu Laporan Polis NASI GORENG PEDAS: Ini Cerita Sebenar yang Anda Tak Tahu!!


Sebelum ini, heboh diperkatakan  kisah seorang warga emas dari Singapura, Lau Thiam Huat, 60, yang membuat laporan polis berikutan sepinggan nasi goreng kampung yang dimakannya di sebuah kedai makan di Jalan Bukit Timbalan, Johor Bahru yang disifatkan ‘terlalu pedas’.

Thiam Huat makan di kedai yang tidak dinamakan itu lebih kurang pukul 9 malam pada 30 April lalu.

Dia membuat laporan polis berkenaan lebih kurang 24 jam kemudian pada 1 Mei.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supt Abdul Samad Salleh mengesahkan menerima laporan polis tersebut tetapi tiada sebarang tindakan yang dapat diambil kerana tiada sebarang peruntukkan undang-undang berhubung kejadian tersebut.

Baru-baru ini, Thiam Hua, seorang pesara tampil memberikan kenyataan berikutan laporan polis yang dibuatnya sudah menjadi viral di Internet.

Thiam Huat mengatakan nasi goreng yang dimakannya beracun berikutan mulutnya terasa seakan-akan terbakar ketika menjamah nasi goreng yang dipesannya.

“Lidah saya ‘terbakar’ dan ianya bukan rasa pedas yang kebiasaannya datang daripada cili.

” Saya rasa seperti diracuni,” katanya memetik Stomp.sg.

0 Response to "Isu Laporan Polis NASI GORENG PEDAS: Ini Cerita Sebenar yang Anda Tak Tahu!!"

Post a Comment