Mungkin berita gembira yang ingin didengar oleh para peminat pasangan selebriti yang kini sedang hangat bercinta, Zizan Razak dan Emma Maembong.
Zizan Razak dalam satu temubual bersama Media Hiburan baru baru ini mengakui yang hubungan beliau dan Emma Maembong kini dalam fasa serius dan mereka telah isytiharkan diri mereka sebagai pasangan kekasih pada 24 Februari 2013 lalu.
“Kami mula serius atau dalam erti kata lain ‘declare’ sebagai kekasih pada 24 Februari 2013. Itu pun selepas dia menyertai Wire Fame Entertainment”
“Soal kahwin, insya-Allah bulan Januari 2015. Ini kerana kami perlu melihat segala kontrak yang kami ada dahulu,” jelasnya yang bakal muncul dengan filem Abang Long Fadil.
0 Response to "Zizan Razak Umum Bakal Kahwin Emma Maembong Januari 2015"
Post a Comment