KEJAM…Kejadian ini dilaporkan terjadi di Jalan Datuk Keramat, Pulau Pinang.
Seorang penunggang dan pembonceng nyaris maut digelek kenderaan apabila motorsikal mereka ditolak peragut yang juga bermotorsikal .
Kedua-dua mangsa yang tersembam di jalan raya bagaimanapun sempat bangun mengelak dari dirempuh kenderaan lain yang datang dari arah belakang dan yang bertentangan.
Puncanya kedua-dua suspek itu hendak meragut telefon bimbit milik mangsa.
Bayangkan apa yang bakal terjadi andainya kenderaan yang datang gagal mengelak kedua-dua mangsa yang terjatuh itu.
Perbuatan suspek cukup zalim, hanya kerana kemarukkan telefon bimbit yang tak seberapa harganya itu, mereka telah memperjudikan nyawa dua insan yang tidak berdosa!
Moga mereka akan diberkas secepat mungkin dan menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan tak bertanggung jawab itu.
Macam-macam…
.
0 Response to "VIDEO: Peragut Kejam Tolak Mangsa Bermotorsikal Hanya Kerana Mahukan Telefon Bimbit!"
Post a Comment