Suzy, penyanyi anggota Kumpulan K-Pop, Miss A membuktikan tahap profesional yang tinggi apabila meneruskan nyanyian meskipun tersadung di pentas hingga buku lalinya berdarah.
Kejadian berlaku ketika Suzy menyanyikan lagu Frozen sempena Jelajah Asia kumpulannya di Beijing.
Aksi Suzy ketika menyanyi tidak menampakkan langsung dia sedang menahan kesakitan.
Ia hanya disedari selepas gambar menunjukkan buku lali dan lengannya yang cedera dimuatnaik di laman Twitter versi China, Weibo selepas itu.
Sebenarnya artis yang terjatuh dipentas ketika melakukan persembahan bukanlah perkara asing.
Di Malaysia, Jaclyn Victor pernah terjatuh ketika mengadakan persembahan di pentas AIM pada 2007 namun seperti Suzy, dia turut bertindak profesional meneruskan persembahan.
0 Response to "VIDEO: Penyanyi K-Pop Tahan Sakit Walau Terjatuh Di Tangga Pentas"
Post a Comment