VIDEO : Kanak-Kanak Hisap Ganja Tersebar, Cetus Kemarahan Di Internet


CALIFORNIA – Pihak berkuasa kini sedang mencari seorang kanak-kanak yang sedang menghisap ganja, dan video rakamannya dimuat naik dalam internet, hingga mencetuskan kontroversi.
Video itu menunjukkan kanak-kanak itu memakai baju Mickey Mouse dan duduk di dalam tandas sambil menghisap ganja.
Orang ramai yang menyaksikannya mengecam perbuatan tersebut, apatah lagi selepas kedengaran suara orang dewasa dalam video itu yang ketawa menyaksikan perbuatan kanak-kanak berkenaan.
Ia dikesan selepas seorang pengguna dengan nama NikoWavy telah menyalin salinan rakaman dan memuat naik dalam profilnya.
Orang ramai pada mulanya menganggap NikoWavy sebagai individu yang bertanggungjawab, menyebabkan dia dikecam ramai.
NikoWavy kemudiannya memadamkan rakaman itu dan memberitahu bahawa dia tidak menghisap ganja dan bukan dia yang merakamkan aksi tersebut.
Dalam pada itu, seorang pengguna pula memberitahu bahwa dia sudah melaporkan kepada jabatan kebajikan berhubung video tersebut.
“Selepas menontonya, saya terus membuat salinan video itu dan melaporkan kepada jabatan kebajikan. Ia bukan persekitaran yang sesuai untuk kanak-kanak. Dia memerlukan ibu bapa yang baik bukan mereka yang menyakiti dan merosakkannya,’’ katanya.
Bagaimanapun ibu bapa budak itu masih belum dikenal pasti.

0 Response to "VIDEO : Kanak-Kanak Hisap Ganja Tersebar, Cetus Kemarahan Di Internet"

Post a Comment