Tiada Bukti Fazura Bercium Di KLIA


PETALING JAYA – Pelakon Nur Fazura enggan memberi sebarang komen terhadap kontroversi kononnya dia telah melakukan aksi kurang manis ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 31, berkata, dia baharu sahaja mengetahui tentang tuduhan tersebut dan tiada bukti bagi mengaitkannya jika dia melakukan perbuatan sedemikian.
“Saya tidak mahu komen tentang gosip ini, aksi bercium yang bagaimana mereka maksudkan itu pun saya tidak tahu.
“Saya baharu sahaja dengar tentang berita ini dan tidak pasti tentangnya,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Wajah Baharu mStar Online, di Alexis, Gardens, di sini, Khamis.
Fazura berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal tentang khabar angin yang mendakwa dia melakukan aksi kurang sopan di hadapan khalayak sewaktu berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah Fazura, dia tidak tahu apa niat sebenar mereka yang menyebarkan berita tersebut tanpa sebarang bukti yang kukuh.
Bagaimanapun, katanya, khabar angin itu tidak menjejaskan imej dan nama baiknya sebagai seorang artis.
“Saya tidak tahu apa niat orang yang menyebarkan berita itu, anda perlu bertanya dia apa yang dia lihat sebenarnya.
“Saya yakin Allah lebih mengetahui apa yang berlaku,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Fazura bakal keluar dengan filem Mana Cinta dan sibuk dengan Butik House of Doll.
Dia juga baharu sahaja pulang daripada percutian di Amsterdam, Paris dan London. 

0 Response to "Tiada Bukti Fazura Bercium Di KLIA"

Post a Comment