Che Ta Nafi Riak Hadiahkan Anak Kereta Mewah


Pelakon jelita, Rozita Che Wan menafikan pendedahannya berhubung pembelian kereta mewah buat anak sulungya, Ammar Effendy, 18, yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertujuan untuk menunjuk-nunjuk akan kemewahan yang dimiliki.
Menerusi laporan Malaysian Digest, Rozita atau Che Ta berkata dia hanya menjawab pertanyaan yang diberikan kepada pihak media dan tidak mempunyai sebarang niat untuk merasa riak dengan perkara tersebut.
Menerusi laporan Malaysian Digest, Che Ta menjelaskan, “saya bukan hendak menunjuk-nunjuk, orang yang buat cerita dan nampak seperti saya yang nak menunjuk-nunjuk. Bila media tanya betul ke nak bagi anak kereta, saya jawab ya. Bukan nak heboh ke apa, mereka yang besarkan isu ini, jadi nampaklah seperti riak”.
“Bila jadi macam ni, saya sudah tidak mahu bercakap hal itu lagi. Ammar, pun ada cakap kalau mami dok cerita nanti ada penjenayah dok culik mami, macam mana?”, katanya.
Tujuannya menghadiahkan kereta mewah kepada Ammar adalah memberi galakan dan dorongan untuk anaknya lebih maju dalam pelajaran.
Mynewshub.my difahamkan, Ammar bakal melanjutkan pelajaran di Universiti Nottingham, cawangan Semenyih dalam masa terdekat ini.
Rasanya tak salah sebagai seorang ibu untuk menghadiahkan benda yang mahal buat anaknya kerana kalau bukan ahli keluarga sendiri memberikan dorongan dan galakan, siapa lagi kan..
Lagipun Che Ta memang mampu, jadi pekakkan telinga sahajalah Che Ta oi dengan kata-kata orang yang ‘dengki’ dengan awak. 

0 Response to "Che Ta Nafi Riak Hadiahkan Anak Kereta Mewah"

Post a Comment