Isteri Muda Kena Cerai Tidak Tahu Memasak!


Dengan alasan tidak tahu memasak, seorang wanita berusia awal 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan tahun lalu kini berdepan kemungkinan meneruskan hidup sebagai janda apabila suaminya memfailkan perceraian menggunakan alasan remeh berkenaan.

Lebih menyedihkan, detik sedih perbicaraan berhubung fail perceraian berkenaan jatuh pada bulan sambutan ulang tahun sulung perkahwinan pasangan terbabit iaitu Mei ini.

Hanya mahu dikenali sebagai Nadia, katanya, apa yang sangat memilukan tragedi itu berlaku dalam keadaan rumah tangganya sangat harmoni tanpa selisih faham atau sebarang pergaduhan besar.

“Saya memang terkejut sebab sebelum ini kami tak bergaduh. Tiba-tiba saja pada 6 April lalu, bapa mentua yang datang ke rumah orang tua saya (di sebuah kawasan perumahan selatan Selangor) memaklumkan kepada keluarga saya yang dia membawa suami saya memfailkan perceraian di mahkamah tiga hari sebelum kedatangannya.

“Alasan diberikan untuk bercerai kononnya saya tak tahu memasak. Saya sangat sedih sebab keluarga mentua membelakangkan saya sebelum membuat keputusan berkaitan hidup saya,” katanya yang berharap dapat membuat persediaan mental dan fizikal untuk perbicaraan kes itu bulan depan. 

Isteri Tolong Sapu Ubat Kena Cerai Talak 3!


Sementara itu, siapa menyangka apabila seorang isteri yang berniat baik membantu si suami yang sakit mata tetapi berakhir dengan isteri diceraikan dengan talak tiga.

Itu kisah yang dialami oleh seorang ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai Nora menurut laporan Harian Metro.

Nora, 27 tahun, berkata kejadian mengejutkn itu berlaku pada tahun 2006 apabila bekas suaminya yang mengalami sakit mata meminta bantuannya untuk menyapu ubat diberikan pihak klinik ke matanya.

“Dia menyuruh saya menggunakan putik kapas untuk menyapu ubat mata. Pada mulanya saya teragak-agak, tetapi tetap patuh.

“Tiba-tiba dia menjerit sakit dan kami bertengkar sebelum dia melafazkan cerai talak tiga sekali gus,” katanya.

Sebaik cerai itu dilafazkan, dia yang tinggal di rumah lelaki itu di Kedah segera membawa dua anaknya yang masih kecil ketika itu ke rumah ibu bapa di Perak.

“Saya sendiri terkedu diceraikan talak tiga sekali gus hanya kerana dia (bekas suami) sakit mata,” katanya.

Wanita Tuntut Cerai Sebab Suami Tak Makan Guna Garpu


Baru seminggu berkahwin, seorang wanita telah mengemukakan tuntutan cerai selepas mendapati suaminya makan kacang dengan roti tanpa menggunakan garpu.

Itulah yang berlaku dipenghujung tahun lalu di Kuwait.

Wanita itu memberi alasan, dia menjadi trauma selepas mengetahui mengenai perkara itu dan tidak dapat hidup dengan lelaki berkenaan yang disifatkannya sebagai tidak beretika.

Perkara itu dikesan berlaku selepas kajian dijalankan bagi mengetahui kenapa purata 18 kes perceraian dilaporkan berlaku setiap hari di Kuwait.

Kajian itu dijalankan oleh seorang peguam, Hawra al-Habib berdasarkan kepada 6,672 kes cerai yang dilaporkan tahun lepas.

Salah satu punca perceraian adalah kerana kegagalan menerima pasangan seadanya.

“Amalan tradisi di mana pasangan hanya bertemu selepas berkahwin telah berakhir.

Kahwin yang diatur oleh keluarga ini menyebabkan pasangan itu tidak mempunyai masa untuk mengenali satu sama lain,’’ kata Hawra.

Dalam sesetengah kes pula, katanya wanita berkahwin hanya untuk kepentingan kewangan.

Mereka akan bercerai selepas itu dan meminta bekas pasangan menyediakan rumah, pembantu rumah serta bayaran alimoni kepada dia dan anak-anaknya.

0 Response to "Isteri Muda Kena Cerai Tidak Tahu Memasak!"

Post a Comment