Hampir 7,000 ‘Likes’ Sokong Erra Dan Emran Bersatu


TIGA hari lalu, bekas suami pelakon dan penyanyi Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal telah memuatnaik gambar anaknya, Engku Aleesya memakai baju-T yang bertulis ‘#prayformomandayah’ di akaun Instagramnya, ‘iamkumbre’.


Ia merupakan simbolik kepada usahanya memenangi semula hati Erra selepas mereka bercerai pada 18 Februari yang lalu, selain mengakui bahawa dia masih mencintai bekas isterinya itu.
Mungkin kagum dengan keberanian Emran meluahkan isi hatinya, gambar tersebut telah memperoleh hampir 7,000 ‘likes’ daripada orang ramai.
Setakat ini, komen yang rata-ratanya positif dan menyokong niat Emran sudah mencecah 1,284 komen.
Salah seorang pengikutnya, @fezaahar menulis:
“Jangan berhenti berdoa dan jangan berputus asa dalam usaha anda untuk bersatu semula. Kami akan sentiasa menyokong anda. Jika anda boleh memenangi hati Erra untuk berkahwin semula, kali ini ia mungkin lebih mudah kerana objektif utamanya ialah Aleesya.”
@imza79 pula menyifatkan kenyataan Emran itu sebagai ‘kenyataan paling jujur’ yang pernah dibacanya.
Berikut merupakan antara komen lain yang diterima:

Sementara itu, Emran ketika dihubungi mStar pula tidak mahu memberikan sebarang komen berkenaan perkara itu.
Erra pula mengakui dia terkejut dengan komen bekas suaminya itu, namun meminta Emran agar menghormati privasinya buat masa ini.
Apa pun, kami doakan agar segalanya dapat diselesaikan dengan baik demi kebahagian bersama.
Bak kata orang, kalau ada jodoh takkan ke mana, betul tak?

0 Response to "Hampir 7,000 ‘Likes’ Sokong Erra Dan Emran Bersatu"

Post a Comment