Tiada Pengesahan MH370 Mungkin Di Lautan Hindi


KUALA LUMPUR — Tiada pengesahan pesawat Malaysia Airlines
(MAS) MH370 yang hilang mungkin berada di Lautan Hindi sebagaimana laporan
media antarabangsa.
“Pasukan antarabangsa sedang berusaha untuk mengesahkan maklumat terperinci
itu, tetapi kami tiada apa yang hendak disahkan buat masa ini,” kata Menteri
Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan kemungkinan MH370 mungkin
berada di Lautan Hindi memandangkan kapal-kapal Amerika Syarikat sedang mencari
pesawat itu di kawasan berkenaan.
“Kefahaman saya berdasarkan beberapa maklumat yang baru yang tidak
semestinya kukuh, tetapi maklumat baru, satu kawasan pencarian tambahan mungkin
di buka di Lautan Hindi, kata jurucakap Rumah Putih Jay Carney seperti
dilaporkan agensi berita Perancis, AFP.
Penerbangan MAS MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa
penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam selepas berlepas dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu lepas. Ia
sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.

Related Posts :

0 Response to "Tiada Pengesahan MH370 Mungkin Di Lautan Hindi"

Post a Comment