Pelakon Hollywood yang popular dengan filem The Italian Job, Mark Walhberg ingin menjadikan Malaysia sebagai salah satu lokasi penggambaran untuk sekuel filem tersebut yang diberi judul The Brazilian Job.
Menurut aktor itu, pemilihan Malaysia untuk diselitkan dalam filem itu adalah kerana faktor keindahan semulajadinya dan salah satu kawasan tarikan pelancong di seluruh dunia.
“Sebenarnya sudah lama dan banyak kali saya bercakap mengenai rancangan untuk membuat sekuel The Italian Job. Saya berminat untuk menghubungi kerajaan Malaysia sekiranya saya boleh melakukan penggambaran sebahagian daripada filem itu di Malaysia. Saya tahu Malaysia adalah tempat yang cantik dan ia (penggambaran filem ini) akan menarik lebih ramai pelancong di sana (Malaysia),” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.
Filem sequel ini sebenarnya sudah lama dirancangkan iaitu pada 2004 oleh pihak penerbitan tetapi hanya baru-baru ini sahaja terdapat perkembangan mengenai filem tersebut.
Sama-sama kita nantikan sama ada filem ini bakal menjadi sehebat The Italian Job ataupun sebaliknya.
0 Response to "Walhberg Mahu Rakam Sekuel Italian Job Di Msia"
Post a Comment