Bekas Pelumba F1 Gaduh Di Kelab Malam


Bekas pelumba Formula One, Eddie Irvine dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Itali atas kesalahan mencederakan seorang lelaki ketika bergaduh di kelab malam.
Pergaduhan tersebut tercetus pada Disember 2008 di seksyen VIP sebuah kelab di Milan.
Peguam Moratti, Vincenzo Saponara menyatakan pihak media mungkin akan mengaitkan insiden ini dengan perebutan wanita tetapi itu bukan punca pertelingkahan pada malam tersebut.
Bagaimanapun, hukuman penjara berkenaan kemungkinan besar digantung jadi Irvine tidak perlu masuk penjara.
Irvine pernah menjadi pelumba F1 selama sembilan tahun memandu jentera Jordan, Ferrari dan Jagur.

0 Response to "Bekas Pelumba F1 Gaduh Di Kelab Malam"

Post a Comment