PUSTAKA PANTAI.. Idea Kreatif Anak Muda Pahang


KALAU usaha mencari perkara yang kreatif dan berguna untuk dilakukan pasti boleh.
Daripada ramai anak muda berhimpun di Dataran Merdeka menyertai Perhimpunan Haram Turun pada sambutan Ambang 2014, baiklah mencontohi anak muda ini yang membuat satu perkara yang kreatif dan menarik.
Muhammad Faiz Mohamad, 22 tahun, dengan cara tersendiri menyediakan ruangan dikenali sebagai ‘Beach Library’ di kawasan Pantai Teluk Cempedak.
Muhammad Faiz, yang berpelajaran merupakan pelajar Asasi Undang-Undang yang baru menamatkan pengajian di Management and Science University (MSU) itu tahu bagaimana hendak mempraktikkan ilmu yang diperolehinya.
Ruangan itu yang terletak di tepi kawasan pantai disediakan secara percuma sejak beberapa hari lepas bertujuan menggalakkan orang ramai yang berkunjung ke persisir pantai itu agar minat membaca.
Menurutnya, budaya membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini masih rendah dan beliau berharap agar usaha yang dilakukannya dapat menanam sifat minat membaca di kalangan mereka.
Gambar berkenaan dari Bernama menunjukkan pelbagai jenis koleksi buku termasuk politik, agama, falsafah dan budaya diletakkan secara bersusun-susun bagi memberi kemudahan kepada pengunjung untuk bersantai sambil membaca.

0 Response to "PUSTAKA PANTAI.. Idea Kreatif Anak Muda Pahang"

Post a Comment