Lagi Insiden KTM Komuter Tegelincir


KUALA LUMPUR – Perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Pelabuhan Klang – Batu Caves terjejas disebabkan insiden tren kargo tergelincir daripada landasan berhampiran Stesen Angkasapuri di sini pagi ini.
Keretapi Tanah Melalui Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan media memberitahu, kejadian itu menyebabkan perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan berkenaan akan mengalami kelewatan operasi.
“Perkhidmatan tren komuter bagi laluan Pelabuhan Klang – Batu Caves akan beroperasi dengan kelewatan sekitar 15 hingga 30 minit hingga tengah malam.
“Ia berikutan penggunaan satu landasan berbanding operasi biasa dengan dua landasan di antara Stesen Pantai Dalam dan Stesen KL Sentral,” kata kenyataan itu hari ini.
Bagaimanapun, kata kenyataan itu, perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Tanjung Malim – Rawang – Sungai Gadut tidak terjejas dan akan beroperasi mengikuti jadual.
Jelas kenyataan itu, kerja-kerja membaik pulih sedang dilakukan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
“KTMB berusaha sedaya upaya meminimumkan kelewatan tren komuter diakibatkan insiden ini dan memohon maaf diatas kesulitan dialami,” kata kenyataan itu.

0 Response to "Lagi Insiden KTM Komuter Tegelincir"

Post a Comment