KUALA LUMPUR – Kawasan padang Dataran Merdeka akan ditutup bermula 22 Januari hingga 21 April untuk kerja menaik taraf sistem saliran padang dan merumput.
Pengurus Perancangan Korporat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Dr Ismail Stapa berkata penutupan itu bertujuan membolehkan kerja-kerja menaik taraf dilaksanakan dengan lancar.
“Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa tiada sebarang tempahan dibenarkan sepanjang penutupan itu,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.
Beliau berkata padang itu akan ditutup sepenuhnya sepanjang tempoh menaik taraf dijalankan malah orang ramai turut tidak dibenar masuk ke kawasan terlibat.
Kali terakhir sistem saliran padang dan kerja merumput dijalankan di padang itu ialah pada Mei tahun lepas berikutan keadaannya yang sudah usang selain sistem salirannya perlu ditambah baik.
Kerja menaik taraf itu dijalankan sebagai usaha supaya Dataran Merdeka lebih indah dan selesa untuk dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara
0 Response to "Padang Dataran Merdeka Ditutup Mulai Jan – April"
Post a Comment