Setiap guru mempunyai etika perguruan yang mesti dipatuhi. Apatah lagi tugas mendidik mesti dilakukan mengikut cara betul kerana ia melibatkan generasi yang bakal mewarisi negara.
Walaupun sesetengah guru mengamalkan hukuman rotan dalam pengajaran, masih terdapat khilaf sama ada kaedah ini sesuai diguna pakai untuk mendidik pelajar.
Bagaimanapun jika merujuk pada tindakan menyuruh pelajar makan rumput, ini terang-terangan satu tindakan yang boleh dikatakan melampau.
Justeru seorang bapa yang terkilan apabila mengetahui perkara ini bertindak membuat laporan polis.
Mengikut laporan polis yang kini tersebar di laman sosial, kejadian berlaku semalam (23 Januari) lebih kurang 3.30 petang di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Sungkai, Perak.
Selain dipaksa makan rumput, anak pengadu bersama seorang lagi rakannya dikatakan turut didenda memakai loceng di leher sebelum gambar mereka dirakam oleh guru terbabit untuk ditunjukkan kepada pelajar kelas lain.
Pengadu turut memaklumkan, guru anaknya memberitahu gambar itu akan dimuatnaik di Facebook jadi dia berasa perkara ini sesuatu yang keterlaluan lalu bertindak membuat laporan polis.
Hm, macam-macam pula cerita membabitkan guru keluar sejak akhir-akhir ini. Apa pun diharapkan ia diselesaikan secara baik.
0 Response to "Guru Cina Di Sungkai Paksa Pelajar Melayu Makan Rumput?"
Post a Comment