Gambar Kemalangan Bas Ekspres Di PLUS 19 Januari 2014

Gambar kemalangan maut bas ekspres di lebuhraya PLUS pada 19 Januari 2014. Kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah bas ekspres persiaran milik syarikat Meridian Holidays telah berlaku di lebuhraya PLUS arah Selatan berhampiran Plaza Tol Yong Peng Utara. Menerusi laporan awal insiden, 3 orang kini disahkan maut manakala 10 lagi cedera. Punca kemalangan dipercayai akibat bas dipandu laju sebelum hilang kawalan lalu terbalik di bahu jalan. Bas persiaran tersebut turut dilaporkan dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru.






0 Response to "Gambar Kemalangan Bas Ekspres Di PLUS 19 Januari 2014 "

Post a Comment