Bas Ekspres 2 Tingkat Terbalik, 10 Cedera


SERAMAI 10 orang cedera apabila sebuah bas ekspres membawa 23 orang penumpang terbalik di KM218 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Hentian Sebelah Taiping arah utara pada kira-kira pukul 1.30 petang tadi.
Bas terbabit dipercayai hilang kawalan dan terbabas merempuh pembahagi jalan sebelah kiri serta terbalik memasuki longkang, memetik laporan Harian Metro Online.
Bas dua tingkat itu sedang dalam perjalanan dari Lumut ke Butterworth, Pulau Pinang dan Alor Setar, Kedah itu difahamkan dipandu laju sebelum ia hilang kawalan.
Kebanyakan mangsa yang cedera adalah penumpang bahagian belakang di tingkat atas bas akibat tertimpa sesama sendiri selepas kenderaan berkenaan terbalik.
Beberapa penumpang turut bertindak memecahkan cermin bas untuk keluar dari bas menyelamatkan diri. Kesemua mangsa yang tercedera dihantar ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan.
Gambar kemalangan diperolehi dari laman Facebook rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.



0 Response to "Bas Ekspres 2 Tingkat Terbalik, 10 Cedera"

Post a Comment