Adira Tulis Nota Romantis Untuk Kekasih


Penyanyi yang semakin cerah kulitnya dari hari ke sehari, Adira nampaknya semakin bahagia menguntum cinta bersama kekasihnya, Shahrul.
Shahrul yang merupakan orang kuat sebuah parti politik dan Adira dikatakan bercinta selepas penyanyi kecil molek ini gemar berkongsi gambarnya bersama jejaka itu di laman Instagramnya sejak tahun lalu lagi.
Baru-baru ini, Adira bermadah romantis dengan mengepilkan sebuah kapsyen dalam dialek Sabah yang berbunyi, “nung koeilo ko piro ginumu sayang ku dika… aharap oku insan tadau koeilo ko..doa ku kuma dika kasasarii..”.
Menurut portal Ohbulan, jika dialih bahasa, keterangan gambar itu bermaksud “kau tahukah betapa banyak sayang saya sama kamu. Dan saya harap satu hari nanti kamu akan tahu”.
Sebelum rapat dengan Shahrul, Adira terlebih dahulu bercinta dengan rakan artis, Hafiz Suip namun hubungan mereka tidak bertahan lama.
Walaupun tidak lagi menjalinkan hubungan cinta, namun baik Adira dan Hafiz, kedua-duanya masih lagi bersikap profesional apabila digandingkan bersama-sama dalam sesebuah lagu mahu pun persembahan yang dijayakan.

0 Response to "Adira Tulis Nota Romantis Untuk Kekasih"

Post a Comment