Pencuri Dibelasah, Diikat Pada Tiang Surau


Seorang pencuri di Kg Sura Hujung, Dungun, Terengganu melakukan kesilapan paling besar apabila memecah masuk sebuah rumah yang baru sahaja dirompak jadi tuannya memang dalam keadaan berkawal.
Akibatnya, pencuri itu dibelasah teruk apabila berjaya ditangkap sebelum diikat pada tiang surau.
Kejadian dikatakan berlaku selepas waktu asar, semalam.

Bagaimanapun tanpa bermaksud untuk mengaitkannya dengan kejadian ini semata-mata, tindakan membelasah pencuri selepas ditangkap dilihat semakin menjadi-jadi sekarang.
Benar mencuri adalah satu kesilapan namun semakin banyak pula kejadian pencuri dibelasah, kadangkala sampai membawa kepada kematian yang tidak sepadan dengan nilai yang ingin dicuri.
Terpaksa memukul dalam usaha menangkap pencuri atau mempertahankan diri tak apalah tapi jika suspek sudah DIIKAT, harap biarkan saja undang-undang memainkan peranan.
Bukannya apa, banyak gambar dan video kejadian kecurian menunjukkan orang awam mengambil kesempatan membelasah suspek yang sudah diikat, kadang-kadang siap ambil giliran lagi sementara menunggu polis sampai.
Tak sepatutnya kita menghukum mengikut hawa nafsu kerana negara ada undang-undang.
Lagi pun,  kita tak tahu kisah sebenar sampai sesetengah orang tersilap memilih jalan hidup kan?

0 Response to "Pencuri Dibelasah, Diikat Pada Tiang Surau"

Post a Comment