Monday, 25 November 2013
Review
Nokia tampil dengan tablet Windows RT 8.1
Binaan fizikal tablet ini memenuhi profil spesifikasi Lumia seperti yang ditawarkan sebelum ini. Di bahagian belakangnya diperbuat daripada polikarbonat kukuh dengan pelbagai warna terang. Tablet ini juga bebas daripada corak rekaan yang serabut. Kameranya diubah ke sebelah atas kiri bagi memberikan sudut pandang yang lebih profesional.
Selain daripada itu, Baterinya yang berkapasiti 8000mAh menawarkan masa bersedia sehinggga 25 hari. Fungsi LTE turut membantu prestasi keseluruhannya ketika beroperasi dengan kelajuan data 150Mbps. Tambahan pula, aplikasi dari Nokia juga tersedia antaranya Nokia Storyteller, Nokia Video Director dan pemetaan HERE Maps.
0 Response to "Nokia tampil dengan tablet Windows RT 8.1"
Post a Comment