Pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad mengumumkan pengunduran empat penyampai stesen radio Hot FM berkuatkuasa 27 Februari.
Empat penyampai itu adalah Farah Fauzana Mohd Fadzil (Fara Fauzana), Muhammad Azmir Selamat (AG), Mohd Khairul Ikhwan Rosli (Ikhwan) dan Khairu Norliza Khairudin (Liza).
AG dan Ikhwan yang sudah berkhidmat selama 10 tahun bersama Hot FM, akan memulakan tugas sebagai penyampai radio menerusi stesen baharu di bawah pengurusan Rangkaian Radio Media Prima.
Pengunduran Liza juga adalah kerana menyertai stesen baharu itu. Pengalaman dan kredibiliti Liza yang konsisten menjadikan faktor pemilihan bagi Liza untuk memikul tugas besar itu.
Hot FM ingin merakamkan penghargaan kepada mereka berempat sepanjang bersama stesen radio Itu. Malah pihak pengurusan radio juga akan terus menyokong karier dan masa hadapan mereka pada masa akan datang
Fara Fauzana, selepas 10 tahun bersama Hot FM memutuskan untuk mengundur diri atas hasrat menumpukan perhatian terhadap kerjaya peribadi yang lebih meluas dalam bidang pengacaraan. Fara juga merancang untuk menggunakan pengalamannya dalam bidang penyiaran untuk program kemasyarakatan.
0 Response to "Selepas 10 tahun, Fara Fauzana ambil keputusan undur diri dari Hot FM"
Post a Comment