Panas!!.. Bekas Suami Yatt Hamzah Dedah Punca Sebenar Perceraian

SEBELUM ini Yatt Hamzah menafikan dakwaan yang mengatakan bakal suaminya, Mohammad Zulfadli Khiruddin, 26, adalah punca perceraian rumah tangganya, kini bekas suaminya tampil memberikan jawapan.


Bekas Suami Yatt Hamzah Dedah Punca Sebenar Perceraian

“Saya tidak menafikan hal mengenai bakal suami Yatt yang didakwa sebagai orang ketiga dalam khabar angin perceraian kami, tapi saya sudah lama memaafkan mereka. Kini saya doakan yang terbaik untuk mereka yang bakal berkahwin nanti”


“Saya rasa berdosa jika mengiyakan secara langsung dengan menidakkan kebenaran yang benar. Seperti bersubahat menipu pula. Cukuplah, itu sahaja komen saya berkaitan perkara ini” katanya.


Dia juga memberitahu bahawa dia tidak terkejut sama sekali dengan berita perkahwinan Yatt, malah perkara itu sudah diduga dan mendoakan segalanya berjalan dengan lancar.


“Saya tidak terperanjat, seperti yang dijangka dan saya terima dengan hati yang terbuka. Semoga jodoh baru Yatt kekal”

“Saya berharap Yatt jujur, hormat dan taat kepada suami barunya nanti dan tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak kami”.

0 Response to "Panas!!.. Bekas Suami Yatt Hamzah Dedah Punca Sebenar Perceraian"

Post a Comment