COPENHAGEN, 14 Feb — Masjid dengan imam wanita buat pertama kalinya dibuka di Denmark dalam usaha mencabar “struktur kekuasaan lelaki” dalam Islam.
masjid Mariam, Copenhagen |
Semua aktiviti di masjid Mariam di sini, kecuali sembahyang Jumaat, akan dibuka kepada lelaki tetapi semua imamnya wanita, lapor portal The Independent yang memetik berita AFP kelmarin.
Pengasas masjid itu Sherin Khankan memberitahu agensi berita itu, beliau mahu mendirikan masjid bagi memecah “struktur patriarki yang sudah menjadi kebiasaan”.
Sherin Khankan |
“Institusi-institusi agama lazimnya dikuasai oleh lelaki. Bukan hanya dalam Islam tetapi dalam ajaran-ajaran Yahudi, Kristian dan juga agama-agama lain.
“Kami mahu mencabar amalan itu,” katanya.
Khankan, seorang pengulas terkenal di Denmark, berkata masyarakat Islam tempatan kebanyakannya memberikan reaksi positif.
Hanya sebilangan kecil yang membantah, dalam nada “sederhana” sahaja, kata wanita itu yang berketurunan bapa Syria dan ibu Finland.
Tambahnya, dalam Islam tidak ganjil wanita menjadi imam dan kebanyakan kecaman terhadap perkara hanya berasaskan kejahilan.
Masjid yang berimamkan wanita bukan baru, dan pernah dibangunkan di Amerika Syarikat, Kanada dan Jerman, lapor AFP lagi.
Menurut portal itu pula, usaha seumpama ini turut dicadang di Bradford, England untuk wanita Islam Britain.
sumber - themalaymailonline
0 Response to "Masjid imam wanita dibuka di denmark!"
Post a Comment