KERANA TERLALU JUJUR, ISTERI MINTA RANI KULOP BERKAHWIN LAGI

Gambar Hiasan

Kuala Lumpur – Dalam budaya masyarakat yang bertolak-ansur dengan hubungan poligami, Abdul Rani Kulup Abdullah antara mereka yang boleh dianggap berjaya.

Meskipun di ruang maya Rani, atau lebih mesra dipanggil ‘ayah’, mengundang samada tawa atau cemuh, beliau bahagia di sisi dua isterinya yang dikahwini 14 tahun lalu.

Rahsianya? Jujur dan ikhlas dalam percintaan.

“Petua yang ada pada ayah, pertama sebagai suami kita kena ikhlas, sikap kena jujur dalam rumah tangga. Malah disebabkan kejujuran itu isteri pertama dan kedua ayah mengalakkan ayah berkahwin lagi,” katanya kepada sebuah portal sempena sambutan Hari Kekasih semalam.

“Ayah sahaja tidak mahu, mereka cakap ayah ini berhak berkahwin empat.”

Lebih menarik lagi, Rani berkata, sepanjang 14 tahun berkahwin dua rumah tangganya tidak pernah bergolak walaupun sekali, malah kedua-dua isterinya itu sangat kasih kepada beliau sehingga boleh dibawa bersama dalam satu majlis.

“Sepanjang ayah berkahwin dua selama 14 tahun, tidak ada sebarang pergaduhan, bermasam muka, suami isteri walaupun sekali dan hubungan ayah dan isteri baik serta berseronok sahaja,” katanya.

Rani ‘Raja Repot’ Kulup dikenali kerana dikatakan pelapor polis paling banyak di Malaysia turut menasihatkan kaum Adam agar mereka sentiasa berlaku jujur dan ikhlas pada teman wanita, tunang atau isteri mereka.

“Lagi satu undang-undang negara ini pelik sikit nak kahwin lebih dari satu susah sehingga terpaksa pergi ke Thailand, haram ‘jadah’ punya JAWI, JAKIM ini, teruk punya perangai, orang nak buat benda baik tak boleh,” katanya.

Sementara itu beliau turut mendedahkan sepanjang zaman bujangnya hanya tiga wanita sahaja yang telah berjaya memikat hatinya.Menurut Rani, ketika bercinta dizaman bujang, beliau tidak pernah memulakan langkah mendekati perempuan sebaliknya si gadis yang cuba memikat hatinya sehingga membawa kepada percintaan.

“Sepanjang zaman bujang ayah pernah ada tiga teman wanita, dan ketiga-ketiga teman wanita ayah itu mula mencari ayah, sebab ayah ini pemalu oranya tak pandai mengusik perempuan,” katanya pula.

Tidak cukup dengan itu, Rani turut mendedahkan bahawa air mukanya yang jujur itu menyebabkan ramai gadis tertarik dengan beliau.

Malah sehingga kini bekas teman wanitanya masih mencari beliau untuk bertemu, walaupun sudah mempunyai anak dan suami.

“Sebab orang jatuh hati kepada ayah, dia tengok dari segi kejujuran ayah, dia tengok air muka ayah ini lain daripada yang lain. Orang perempuan tengok muka ayah seperti benda berharga malah sampai sekarang umur saya 60 tahun ramai lagi gadis berminat dengan saya.

“Malah pengalaman yang tidak boleh ayah lupa semasa zaman bercinta, apabila sehingga sekarang teman wanita atau kekasih ayah yang sudah ada anak dua tiga pun masih ingatkan ayah, dan masih lagi menyuruh suami dia mencari ayah kerana dia tak boleh lupa hubungan kasih kami itu,” katanya lagi.

Rani berkata, sepanjang beliau bercinta beliau sesekali tidak pernah ‘curang’ serta menyakiti hati mana-mana wanita. Malah mengakui tidak pernah menyentuh tangan teman wanitanya itu.

“Zaman ayah dulu bercinta tersusun, kalau bercinta satu, satu sajalah, ayah tak pernah bercinta sehingga rambang mata nak ngorat orang lain. Malah kalau nak keluar ayah akan minta izin ibu bapa dulu kerana orang dulu kesopanan dan kesusilaannya sangat kuat,” ujarnya pula.

0 Response to "KERANA TERLALU JUJUR, ISTERI MINTA RANI KULOP BERKAHWIN LAGI"

Post a Comment