Bomba Selamatkan Pelajar Terperangkap 12 Jam Dalam Bilik Air



IPOH - 

Seorang pelajar lelaki sebuah universiti swasta di Perak berdepan detik cemas selama 12 jam apabila terperangkap dalam bilik air di rumahnya di Pangsapuri Putra, Bandar Baru, dekat Kampar, tengah malam tadi.
Ketika kejadian pada pukul 12 tengah malam itu, Dang Hwa Yeong, 21, bersendirian di rumah sewanya itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Mohd. Yamin Naib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.55 pagi tadi oleh rakan serumah yang menyedari mangsa terperangkap dalam bilik air.
"Anggota bomba terpaksa menggunakan 'bolt cutter' dan 'crow bar' untuk memecahkan pintu bilik air berkenaan. Operasi mengeluarkan mangsa tamat kira-kira sejam kemudian," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, namun berada dalam keadaan lemah dan kelaparan.

0 Response to "Bomba Selamatkan Pelajar Terperangkap 12 Jam Dalam Bilik Air"

Post a Comment