PELAKON, Nur Fasha Sandha Hassan atau dikenali sebagai Fasha Sandha (kiri), bersama peguamnya, ketika hadir di mahkamah bagi menghadiri kes penceraiannya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta hari ini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
KUALA LUMPUR: Pelakon Fasha Sandha, sah bercerai talak satu dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 39, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebentar tadi. Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 32, tiba di mahkamah pada jam 2.15 petang, sambil ditemani peguam serta beberapa rakan.
Fasha dan Rizal berkahwin pada 27 April 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1. Jejai pernah berkahwin dengan pelakon, Nora Danish pada 20 Jun 2006 sebelum bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dianugerahkan anak lelaki, Putra Rayqal, 7.
Pengesahan lafaz cerai itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab, ketika prosiding tertutup dalam kamar.
Jejai enggan memberikan sebarang komen ketika dihampiri media.
Jejai, 40, melafazkan cerai itu di hadapan Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab ketika prosiding kes berkenaan disebut di dalam kamar.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 32, memfailkan permohonan cerai pada Isnin lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Sejurus selepas selesai prosiding itu, Jejai yang ditemani adik iparnya dilihat menangis meninggalkan mahkamah.
Fasha dan Jejai bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua orang anak, Putra Rayfal, tiga tahun dan Putri Raysha Jemaima, setahun.
Sementara itu, Fasha berkata, perceraian itu adalah jalan yang terbaik untuk kedua-dua keluarga.
"Saya sudah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan ini. Saya reda dan akan meneruskan kehidupan bersama dua anak saya," katanya dalam kenyataan yang diedarkan kepada wartawan.
Dalam kemas kini terbaharu di akaun Instagram, Fasha meletakkan satu status yang menggambarkan bagaimana dia redha dengan apa yang berlaku dalam rumahtangganya.
0 Response to "Jejai Lafaz Cerai Talak Satu,Fasha Menangis Teresak-Esa"
Post a Comment