Janda mana pulak yang bertakhta di hati Zizan Razak ni?
Hasrat pelawak terkenal, Zizan Razak yang mahu tahun 2016 ini menjadi tahun bersih bagi namanya dari sebarang kontorversi, nampaknya tidak kesampaian..
Baru-baru ini, nama pelawak itu mula menjadi bualan bila ada pihak mendakwa Zizan sedang rapat dengan seorang pelakon memegang status janda beranak dua.
Tetapi, tak lama selepas itu ramai yang menyangkal dakwaan itu, memang Zizan sedang rapat dengan seorang wanita status janda beranak dua..
Tapi, wanita itu bukan seorang pelakon kot kami rasa.. Wanita itu sebenarnya adalah bekas isteri Datuk Eizlan Yusof iaitu Vie Santie.
Kalau mereka ini berkawan rapat pun memang kami tak terkejut sangat, walaupun Vie seorang janda, body dan raut wajahnya macam wanita muda dan bergetah lagi.. Boleh dilabel janda ‘hot’ wei.
Kontroversi ini mula timbul bila ada pihak memaklumkan, sering nampak Zizan dan Vie keluar bersama dan dilihat mempunyai hubungan lebih dari seorang kawan.. Cara layan kawan dan ‘teman rapat’ boleh nampak perbezaannya.
Sehingga kini, Zizan mengambil langkah selamat untuk tak memberikan apa-apa komen.. Kalau tak betul kenapa tak nak nafikan? Macam pelik je Zizan kali ini, bila dia tak nak berikan komen..
Bagi kami, tengah rapat dengan bekas bini ok lagi, jangan ko pergi ‘berteman rapat’ dengan bini orang sudah.. Kannn??
Mana tahu dah tertulis jodoh Zizan dengan bekas bini Eizlan, Vie dan Eizlan pun dah lama bercerai.. Tak salah rasanya kalau Vie nak mencari teman baru dalam hidupnya.. Kita tunggu dan tengok sajalah apa yang akan dilakukan Zizan selepas ini.
0 Response to "Janda mana pulak yang bertakhta di hati Zizan Razak ni?"
Post a Comment