Rumah juta2 pun kalau bocor sana sini.. Pun tak guna jugak kan? Yelah sapa tak geram beli rumah mahal mahal.. alih2 banjir dalam rumah. Lain la aku menyewa rumah kos rendah katanya.. Kadang2 hujan lebat kalau angin kuat menghala ke rumah tempias jugak la tapi takde la bocor sebab rumah aku tak ada bumbung. Almaklum la duduk rumah mangkuk tingkat ni kan. Syiling rumah aku, atas lantai rumah orang.
Dari semalam lagi dok tengok Dato Aliff syukri membebel kat FB dia pasal rumah dia yang bocor. Dok marah kat kontraktor buat kerja tak betul. Dah banyak kali repair pun dok bocor jugak. Apakata try tampal pad kot2 tak bocor.. hehehehe...
Sapa tak marah ye dak.. Beli rumah juta2 alih2 dok kena tadah besen dalam rumah. Dah macam orang duduk rumah pondok atap berlubang sana sini. Jangankan 7 juta kalau kita beli rumah 70 ribu pun kalau bocor kita rasa nak menyumpah jugak kan. Yelah.. bukan beli pakai daun yang berguguran di pusara.. Beli pakai kertas ada gambar muka Agung gitu.
Sabarlah Dato terlajak laris Ooi.. Kalau dah rasa rumah 7 juta pun bocor try pindah apartment murah macam rumah den ni. Insya Allah tak bocor... Ni depan rumah den pun ada 2 lagi kosong. Nak ke? Boleh den rekemen kat owner dia.. Dapat jugak komisyen katanya. Hahahaha
Ha kau! Minta jutawan menyewa rumah buruk.. kau hado? hahaha.. Yelah.. dari kena tadah besen kan. adalah lebih baik duduk rumah murah tapi bila hujan boleh guling2 tanpa risau rumah banjir.
Orang kaya kaya ni sembang semua benda juta juta jer.. nak kongsi cerita happy pun pasal juta juta.. Nak marah pun kes juta juta.. Kita yang baca hanya terlopong je dengar harga banglo dia. Kita nak jadi kaya kena ada Ong bak kata orang cina jadi kalau korang nak lebih Ong sempena Tahun baru cina ni meh tengok apa yang korang perlu buat >> 8 Perkara Yang Anda Boleh Buat Untuk Jadi 'Ong' Sempena Tahun Baru Cina ni << kot2 jadi Ong ikut petua ni boleh beli banglo 7 juta yang tak bocor. hehehe
Takpe la Dato Aliff syukri mungkin Allah nak sentiasa ingatkan Dato begitulah orang2 susah yang rumah pun atap bocor bila musim hujan. Nak2 lagi yang rumah kecik.. situ la makan & situ jugak la tidur. Bertabahlah sambil cari penyelesaian terbaik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS MENGAMUK BANGLO 7 JUTA BOCOR. "
Post a Comment