Video Lawak Anak Sultan Johor Sergah Jururawat Jadi Perhatian Umum


Haaaa… mesti ada yang terkejut membaca tajuk bukan? hihi.. Jangan salah faham pulak!
Baru-baru ini sebuah video Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim menyergah seorang jururawat senior (matron) menjadi viral di laman sosial.
Lucunya, usikan Tuanku Jalil menyebabkan wanita tersebut terkejut dan melatah serta merta.
Jururawat yang ketawa setelah disergah sebegitu kemudian menampar bahu Tunku Jamil.
Gurauan sponton Tunku Jalil itu mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat Malaysia yang menyifatkan Tunku Jalil seorang yang mesra dan sering kali dilihat merendah diri.
“Kan dah kena pukul. Sekali sekala usik Matron.
“Terima kasih kepada semua yang menjaga saya sewaktu di Hospital Sultanah Aminah Johor,” kata Tunku Jalil dalam laman Facebooknya.
Sementara itu, ramai yang mendoakan anakanda kelima Sultan Johor ini segera pulih dan sihat seperti sedia kala.
- MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Video Lawak Anak Sultan Johor Sergah Jururawat Jadi Perhatian Umum"

Post a Comment