(VIDEO) Ferrari F430 Berharga RM1.5 Juta Terbakar di Kuala Lumpur


Kuala Lumpur: Seorang lelaki dan wanita berusia 30-an terselamat selepas kereta mewah Ferrari model F430 berharga lebih RM1.5 juta itu tiba-tiba terbakar ketika melalui Jalan Rakyat (Jalan Travers), Bangsar, petang tadi.

Dalam kejadian 6 petang itu, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian enjin kereta berkenaan sebelum merebak sehingga ke bahagian pemandu.

Difahamkan, mangsa yang menyedari asap mulai keluar bergegas keluar dari kenderaan berkenaan sebelum pasukan bomba tiba.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Pegawai Kanan Bomba II Isyarudin Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu, 6 petang tadi.

"Enam anggota dengan sebuah jentera terbabit dalam operasi ini.
"Ketika sampai di lokasi, pihak kami mendapati api sedang marak dari bahagian belakang kenderaan sebelum api berjaya dipadamkan dalam tempoh lima minit," katanya ketika ditemui di lokasi.

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan punca sebenar kebakaran masih lagi dalam siasatan.

Kalau kereta itu dimiliki oleh seorang jutawan, rasanya dia mungkin masih boleh tersenyum kerana hilang satu kereta sport, beliau boleh beli yang baru. Tetapi jika tidak, admin tumpang simpati atas kehilangan kereta tersebut.


0 Response to "(VIDEO) Ferrari F430 Berharga RM1.5 Juta Terbakar di Kuala Lumpur"

Post a Comment