Tukang Masak Direman 7 Hari Disyaki Kelar Penuntut UiTM

Mangsa Norsyuhada Johari, 19, dikelar suspek dipercayai teman lelakinya di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Bukit Gantang, pada Isnin.


TAIPING: Susulan kes pembunuhan Nursyuhada Bt Johari, 20, di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang , suspek yang merupakan seorang tukang masak direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Suspek yang berusia 25 tahun dibawa ke Balai Polis Parit Buntar, dekat sini kira-kira jam 10 pagi tadi untuk proses permohonan tahanan reman.

Majistret Rosnee Mohd Radzuan, yang hadir ke balai polis berkenaan membenarkan suspek direman sehingga 9 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek yang juga dipercayai teman lelaki mangsa itu kemudian dibawa semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Menurut keluarga mangsa yang enggan dikenali lelaki tersebut telah  menculik Syuhada terlebih dahulu sebelum melarikan mangsa.

Dalam kejadian tengah hari semalam kira-kira jam 12. mangsa, Norsyuhada Johari, 20, penuntut UiTM kampus Permatang Pauh Pulau Pinang, meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar, dekat sini kira-kira jam 2 petang ketika sedang mendapatkan rawatan. -Siakapkeli.com.my


0 Response to "Tukang Masak Direman 7 Hari Disyaki Kelar Penuntut UiTM"

Post a Comment