Sebab Abang Like Gambar Ni, Isteri Mengamuk Di Instagram

AKIBAT perbuatan suaminya menekan butang “like” di Instagram kepada satu gambar penuntut Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) wanita, seorang wanita mengamuk sakan di ruangan komen IPTS itu.
Laman Instagram Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) memuatnaik gambar pelajarnya menyertai satu program berbasikal yang tidak diketahui tarikhnya dan lelaki berkenaan“like” gambar itu.
Tiba-tiba muncul nama seorang wanita bertanya “Abang like?”
Kemarahan wanita itu tiba-tiba meluap-luap dan mengamuk di ruangan komen berkenaan.
“Abang memang suka kan ‘like‘ betina-betina gedik budak IPT macam ni, miang punya jantan!! Ingat bini kat umah bang.
Petikan skrin ruangan komen memperlihatkan amukan siber si wanita yang mungkin isteri lelaki berkenaan.
“Perangai kau ni memang tak berubah kan? suke betina gedik macam ni, better ko buanglike kau tu sebelum aku mengamuk lebih teruk!!.
“Dasar kaki betina!!,” kata wanita itu tanpa dibalas oleh lelaki berkenaan.
Pengguna Instagram lain yang turut memberikan komen hanya berdiam diri dan ada yang tertawa melihatkan situasi berkenaan berlaku.
Ternyata pelajar IPTS berkenaan tidak salah pun kerana ianya mungkin laman rasmi MSU Malaysia dan mereka hanya menyertai program berbasikal berkenaan.
Tak pasal-pasal mereka dilabelkan betina oleh si wanita tadi.
Oleh itu, kepada lelaki yang ingin like gambar-gambar sebegini eloklah pandang-pandang dulu sebelum menekan butang like tu, nanti lain pula yang jadi nanti.
- MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Sebab Abang Like Gambar Ni, Isteri Mengamuk Di Instagram"

Post a Comment