QZ8501: Mayat Mangsa Nahas Terdedah, Orang Ramai Histeria

Proses pemindahan mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang ditemui di lautan di Pelabuhan Kumai, Kalimantan Tengah.

SUASANA hening ketika orang ramai menyaksikan mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ5801 dipindahkan ke Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Imanuddin, Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah tiba-tiba bertukar kecoh dengan jeritan histeria, Sabtu lalu.
Semuanya gara-gara peristiwa tak terduga yang berlaku ketika proses pemindahan lapan mayat tersebut dari Landasan Udara Iskandar yang terletak kira-kira 4 kilometer dari rumah sakit tersebut.
Pemindahan mayat dibungkus dalam plastik berwarna hitam tertulis Badan SAR Nasional (Basarnas) yang bermula sekitar jam 11 pagi pada mulanya berjalan lancar hinggalah ketika mayat ketujuh dikeluarkan dari kenderaan.
Secara tiba-tiba, beg plastik tersebut melorot jatuh lalu terkeluarlah isi di dalamnya.
Insiden tak terjangka itu membuat orang ramai yang berada di tempat kejadian terkejut besar terutama kaum wanita.
“Ya ampun. Aduh kasihan itu, kasihan,” teriak seorang wanita.
Seorang wanita lain turut menjerit, “Astagfirullahaladzim, aduh.. aduh cepat dibantu diangkat itu!”
Menyedari teriakan orang ramai petugas terlibat segera memindahkan mayat ke dalam plastik kembali.
Mayat tersebut kemudiannya disiapkan ke dalam peti jenazah sebelum diterbangkan dengan pesawat Hercules C-130 untuk proses pengecaman identiti di Surabaya bersama empat mayat lain, Sabtu lalu. - MYNEWSHUB.CC

QZ8501: Rakan Tak Boleh Lupa Bau Harum Pada Syaiful Rahmat

Gambar profil pekerja teknikal Air Asia, Syaiful Rahmat yang betugas dalam pesawat QZ8501 ketika ia hilang dari kawalan radar.

SALAH seorang anak kapal pesawat QZ8501 yang masih belum ditemui mayatnya adalah pekerja teknikal (bahagian radio komunikasi) AirAsia, Syaiful Rahmat, 38 tahun dari Pekanbaru, Riau.
Salah seorang rakan rapat yang bernama Rudi, berkongsi pengalaman anehnya ketika bertemu Syaiful buat kali terakhir, dua hari sebelum pesawat berkenaan hilang dari radar menara kawalan, 28 Disember lalu.
Menurut Rudi dia tercium bau harum luarbiasa dari tubuh Syaiful ketika itu yang disifatkannya tidak seperti bau minyak wangi.
“Harumnya tidak seperti hari-hari biasa, sangat harum, sepertinya bukan harum minyak wangi,” ujarnya.
Mengakui tidak dapat mengesahkan sama ada itu petanda Syaiful akan pergi selama-lamanya, Rudi meyakinkan bahawa pertemuan tersebut terasa aneh baginya.
Syaiful yang dikenalinya kata Rudi, seorang yang pandai bergaul dan baik agamanya malah sering mengingatkan rakan-rakan lain soal ibadah.
Lia menunjukkan status terakhir BBM adiknya, Syaiful Rahmat.
Lia menunjukkan status terakhir BBM adiknya.
Peribadi Syaiful yang alim turut disokong oleh kakak Syaiful dikenali sebagai Lia yang menggambarkan adiknya itu bukan ustaz tetapi rajin solat dan suka berpesan-pesan soal agama.
Malah status terakhir Blackberry Messenger (BBM) di telefon bimbit adiknya itu berbunyi,‘Kerjakan amal dengan ikhlas dan sesuai dengan sunnah’.
Begitu pun oleh sebab Syaiful sudah biasa menulis status berbaur agama baik di BBM mahu pun Facebook maka ia tidaklah dianggap satu hal yang aneh buat Lia dan keluarga.
Hingga saat ini belum dapat dipastikan sama ada jasad Syaiful yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga cahayamata itu berada di Selat Karimata atau ianya salah satu daripada mayat yang sedang menanti proses pengecaman di Surabaya.
Setakat hari Ahad, daripada tujuh anak kapal yang bertugas di pesawat QZ8501 pada hari kejadian, baru dua berjaya dikenalpasti iaitu pramugari Khairunisa Haidar Fauzi yang berasal dari Palembang dan pramugara Wismoyo Ari Prambudi dari Klaten.
- MYNEWSHUB.CC

0 Response to "QZ8501: Mayat Mangsa Nahas Terdedah, Orang Ramai Histeria"

Post a Comment