Budak 5 Tahun Maut Jatuh Tingkat 6 Akibat Balkoni Berlubang


MALANG sememangnya tidak berbau.
Demikian nasib yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki yang terkorban akibat terjatuh dari tingkat enam di rumah kediamannya di Blok B PPR Kota Damansara petang tadi.
Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu yang menimpa adik Mohammad Zulhazriq, 5, menggemparkan penduduk kawasan setempat.
1926658_1031276016889858_8448097473973635222_n
Keadaan penghadang besi yang sudah patah dan berkarat.
Keadaan penghadang besi yang sudah patah dan berkarat.
Kejadian melibatkan kanak-kanak malang itu dikatakan berpunca dari kawasan bangunan kediaman berkenaan yang dikatakan tidak selamat hingga menyebabkan mangsa terjatuh daripada tingkat enam.
Insiden itu sekaligus mengundang simpati masyarakat Malaysia apabila keadaan mayat mangsa tersebar menerusi laman sosial, Facebook.
IMG-20150128-WA0038 (1) (1)
Pada masa yang sama, timbul persoalan mengapa pihak berkenaan seperti kerajaan negeri  langsung tidak bertanggungjawab terhadap permasalahan yang dihadapi penduduk PPR berkenaan.
Lebih malang, insan tidak berdosa seperti ini yang menjadi mangsa kelalaian sikap sesetengah pihak.
Kanak-kanak itu dipercayai cedera parah di kepala dan anggota badannya ekoran mayatnya ditemui sudah berlumuran darah oleh penduduk setempat.
Insiden itu amat menyayat hati sesiapa sahaja yang melihatnya.
Kita doakan moga arwah adik Mohammad Zulhazriq dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan mereka yang bertanggungjawab dalam kes ini dibawa ke muka pengadilan… Al-Fatihah. -MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Budak 5 Tahun Maut Jatuh Tingkat 6 Akibat Balkoni Berlubang"

Post a Comment