Satu klip video yang viral di laman sosial Facebook menunjukkan seorang datuk yang begitu marah sehingga nekad menghancurkan set permainan video PS4 milik cucunya selepas mereka bertengkar.
Pada mulanya, ekoran loghat bahasa Inggerisnya yang agak pekat, penulis kurang memahami berkenaan apa yang begitu menyebabkan datuknya begitu marah.
Apa yang jelas, datuknya itu marah kerana cucunya itu hanya menghabiskan masa di rumah bermain permainan video.
Selepas bertengkar beberapa ketika, datuk mereka masuk ke dalam sebuah bilik dan membawa keluar tukul besi lalu terus sahaja memusnahkan set permainan video berkenaan.
Cucunya yang berbadan gempal tidak mampu berkata apa-apa sebaliknya hanya mampu melihat sahaja set permainan terbaru PS4 itu musnah angkara amarah datuknya.
Ketika datuknya menghempaskan PS4 berkenaan ke atas meja, meja kaca itu pula pecah lantas datuknya terus memecahkan dan menghancurkan meja berkenaan pula.
Dahsyat betul datuk remaja ini bila marah, selamat jalan PS4. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "(VIDEO) Kurang Ajar Lagi Dengan Atuk, Ambik Ubat.. PS4 Kena Pecah!"
Post a Comment