Video & gambar iblis laut yang ditemui dalam kegelapan di laut dalam



Sebelum ini penemuan Iblis Laut (The Black Seadevil) sangat jarang dilaporkan kerana menimbulkan keraguan terhadap kewujudan spesies ini. Menerusi sebuah laporan berita SFGate, Institut Kajian Akuaria Teluk Monterey (MBARI) melaporkan menemui spesies ini yang sepanjang lapan sentimeter pada November lalu.

SPESIS ikan ‘The Black Seadevil’ atau iblis laut merupakan hidupan laut yang hidup di laut dalam di Lautan Hindi, Pasifik dan Atlantik.

Malah, kumpulan penyelidik institusi berkenaan turut merakamkan video berdurasi lebih 10 saat untuk mendedahkan hidupan tersebut kepada orang ramai.

Sementara itu, Ketua kumpulan penyelidik, Bruce Robinson berkata, penemuan tersebut dilakukan pada kedalaman 1,900 kaki daripada permukaan laut.

“Ia merupakan kali pertama pihak kami berjaya merakamkan hidupan tersebut di habitatnya, spesies ini adalah antara yang paling jarang ditemui di semua kawasan laut dalam,” katanya.
The Black Seadevil
The Black Seadevil
Iblis laut pada kebiasaannya hidup di laut dalam dan tidak pernah mendedahkan dirinya di permukaan laut seperti hidupan laut yang lain.
The Black Seadevil
The Black Seadevil
Ikan ini dikatakan mempunyai daya penglihatan sangat tajam dan boleh memakan mangsa yang lebih besar daripada saiz badannya berikutan tahap fleksibiliti yang tinggi pada bahagian perut.
The Black Seadevil
The Black Seadevil
Iblis laut ini dikatakan tergolong antara lima spesies dalam keluarga Melanocetus.

Untuk rekod, Iblis laut ini pernah menjadi watak di dalam filem animasi Finding Nemo yang ditayangkan pada tahun 2003. - kredit: infolaju

Saksikan video di bawah yang telah mencapai jumlah tontonan 10.8 juta;


0 Response to "Video & gambar iblis laut yang ditemui dalam kegelapan di laut dalam"

Post a Comment