Suami Minta ZALORA Jangan Layan Isterinya Shopping


Terkekeh-kekeh ketawa membaca posting yang dimuat naik oleh seorang suami yang tidak tahan melihat tabiat isterinya yang ‘gila’ bershopping di sebuah portal beli-belah online terkenal, ZALORA Malaysia ini.
Mana tidaknya, sang suami dengan selamba siap berpesan pada portal beli-belah onlinetersebut agar jangan melayan lagi jika isterinya ingin membeli-belah disitu. haha…
Lebih lucu, suami tersebut sempat memberi pelbagai alasan dan idea yang boleh diguna oleh pihak ZALORA supaya isterinya berputus asa dan membuang tabiat supaya tidak bershopping lagi.
” Pura-puralah kata server down ke, computer rosak ke. Pandai-pandailah bagi alasan yer” ujar sang suami meminta simpati kepada pihak ZALORA.
Sampai macam itu sekali taw. Agak-agaknya ini mesti kes duit laki banyak habis gara-gara bini ‘gila shopping’. Haha…

Dia juga sempat memohon kepada pihak ZALORA agar dapat mengusir terus bininya secara rahsia daripada bershopping disitu.
Betul-betul kes parah ini, sampaikan dia memaklumkan nama isterinya kepada pihak ZALORA.
Susulan posting suami tersebut, berjaya mendapat reaksi daripada pihak ZALORA sendiri hingga mencetuskan tawa pada admin page tersebut. Hihi…
Menurut pihak ZALORA, mereka tidak mampu mengesan pelanggan yang melayari web mereka dan tidak boleh berpura-pura menyatakan server mereka down.
Alahai, apa yang mampu kami katakan, sabarlah bang oii! Huhu..
Yelah, kesian bini abang penat memasak dan menjaga anak-anak. Apa salahnya sesekali abang belanja isteri abang membeli-belah. Berganda-ganda pahala taw!
Kaum wanita sememangnya amat gemar bershopping, tetapi haruslah berpada-pada mengikut kemampuan diri sendiri bak kata pepatah ” ukur baju dibadan sendiri”. -MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Suami Minta ZALORA Jangan Layan Isterinya Shopping"

Post a Comment