MH370 berada di bawah lautan air 6000m ?


Byron Bailey adalah seorang bekas kapten yang pernah bekerja dengan syarikat penerbangan antarabangsa. Dia mempunyai pengalaman dalam mengendalikan pesawat Boeing B777 yang serupa dengan MH370 yang hilang secara bermisteri.
Dia telah kongsikan pendapatnya dengan surat khabar The Daily Telegraph di Australia di mana dia rasakan semua teori yang dibincangkan tentang MH370 tidak masuk akal kerana mereka ini tidak mempunyai pengalaman dalam industri penerbangan. 
Teori-teori yang dicadangkan oleh pihak media seperti kegagalan elektrik adalah mustahil kerana pesawat B777 mempunyai lima penjana dan satu lagi penjana automatik yang akan membekalkan kuasa elektrik dan hidraulik jika engin yang lain gagal berfungsi.
Kemudian terdapat teori rampasan pesawat dari juruterbang tetapi adanya protokol-protokol keselamatan yang boleh menghalang akses kepada bahagian kokpit. 
Ianya juga mustahil untuk MH370 mengubah perjalanannya tanpa campur tangan secara manual dari seorang pakar yang mempunyai pengalaman dalam mengendalikan pesawat. Ini memberi cadangan kepada satu niat yang dirancang awal.
Manakala, teori letupan dan kebakaran juga tidak masuk akal kerana krew Malaysian Airlines mempunyai reputasi yang baik dengan krew mereka yang terlatih.‘’Walau apa pun yang berlaku, juruterbang dan krew masih sempat menghubungi pusat kawalan trafik udara’’, kata Bailey.
B777 adalah satu pesawat yang sangat automatik di mana jika sesuatu telah berlaku kepada krew MH370, pesawat ini masih mempunyai kebolehan untuk terbang ke destinasinya melalui program komputer Flight Profile. Oleh itu, Bailey secara peribadi rasakan MH370 masih untuh dan berada dalam air lautan sedalam 6000m. 
‘’Walaupun kehilangan MH370 penuh dengan misteri, jika kami meneruskan pencariannya, pastinya ia akan dijumpai pada suatu hari nanti’’.

0 Response to "MH370 berada di bawah lautan air 6000m ?"

Post a Comment