Lelaki Kejam Hempuk Budak Ke Lantai Dihukum Mati


BEIJING – Seorang lelaki yang berhati kejam kerana membunuh seorang kanak-kanak perempuan dengan menghumbannya ke lantai selepas bertengkar dengan ibu kanak-kanak berkenaan hanya disebabkan tempat letak kereta, akhirnya menjalani hukuman mati, semalam.
Han Lei, dijatuhkan mati pada bulan September lalu dalam satu kejadian yang mencetuskan kemarahan seluruh penduduk China.
Dia telah menghumban budak tersebut ke lantai selepas menumbuk ibu kanak-kanak tersebut yang berusia 39 tahun.
Semuanya disebabkan dia mendakwa troli barang yang dibawa wanita itu telah menghalang laluannya.
Ketika dia bergaduh dengan wanita tersebut, Han telah mengangkat kanak-kanak berkenaan yang sedang duduk dalam kereta sorongnya sebelum menghumban budak itu ke lantai.
Kanak-kanak malang tersebut meninggal dunia dua hari selepas kejadian tersebut akibat kecederaan parah.
Selepas melakukan jenayah itu, Han bersama rakannya kemudian melarikan diri.
Semasa perbicaraan dia mendakwa mabuk. Rakan Han yang bersama dengannya ketika kejadian dihukum penjara lima tahun.

0 Response to "Lelaki Kejam Hempuk Budak Ke Lantai Dihukum Mati"

Post a Comment