GAMBAR TMJ Tiba Di Istana Serene Untuk Istiadat Pernikahan 24 Oktober 2014



JOHOR BAHRU: Seperti yang semua maklum, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, bakal menamatkan zaman bujangnya Jumaat ini 24 Oktober 2014, apabila melangsungkan pernikahan dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21. 
Pagi ini TMJ dilihat memasuki di Istana Bukit Serene, di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi bagi melangsungkan istiadat pertunangan, majlis hantaran dan istiadat pernikahan beliau.



Ketibaan TMJ kemudiannya diiringi dengan ketibaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Turut kelihatan pegawai tinggi kerajaan negeri dan orang kenamaan mula memasuki perkarangan Istana Bukit Serene, bermula jam 8 pagi tadi.

TUNKU Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim berangkat hadir ke majlis pernikahan Tunku Mahkota Johor

0 Response to "GAMBAR TMJ Tiba Di Istana Serene Untuk Istiadat Pernikahan 24 Oktober 2014"

Post a Comment