NORA DANISH TERIMA ANCAMAN RO GOL


Semakin melampau rasanya peminat di Instagram artis hari ini sehingga ada yang tidak rasa sikit pun bersalah meninggalkan ugutan berbaur lu cah yang sebenarnya boleh menjadi isu serius jika dilaporkan ke pihak berkuasa. Pembulian siber (cyber bullying) bukan benda kecil.

Terbaru, Nora Danish telah menerima ancaman ro gol dari salah seorang pengikut beliau dengan nama @muhd_akmal95 di laman sosial Instagram miliknya.

Laman mStar Online melaporkan hari ini yang Nora Danish telah disarankan oleh para peminatnya untuk membuat laporan polis terhadap individu tersebut kerana ia berbau ancaman dan boleh membahayakan keselamatan dirinya.



Nora Danish Terima Ancaman Rogol Di Instagram

Komen jahat tersebut telah ditinggal di gambar menunjukkan Nora Danish sedang membonceng motorsikal bersama kekasihnya, Nedim Nazri pada Jumaat lalu.

Nora Danish bagamana pun dilaporkan tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara ini.

0 Response to "NORA DANISH TERIMA ANCAMAN RO GOL"

Post a Comment