'Sultan Melaka' Mengaku Imam Mahdi Sebarkan Ajaran Sesat Ditahan



JASIN: Seorang lelaki berusia 53 tahun yang mendakwa dirinya 'Sultan Mahmud' dan 'Imam Mahdi' ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di rumahnya di Kampung Batu Pasir, Merlimau, petang Isnin lalu.

Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani, berkata lelaki yang dipercayai mengamalkan ilmu ajaran sesat itu ditahan sepasukan anggota penguatkuasa pihak berkuasa berkenaan kira-kira jam 4.30 petang untuk disoal siasat.

"Selepas ditahan untuk soal siasat, lelaki ini kemudian dibebaskan kira-kira jam 11 pagi tadi dengan ikat jamin.

"Kita kini dalam perjalanan ke rumahnya untuk memusnahkan pelbagai barangan yang dipercayai digunakan untuk ilmu ajaran sesat," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

p/s: gambar di atas sekadar hiasan

0 Response to "'Sultan Melaka' Mengaku Imam Mahdi Sebarkan Ajaran Sesat Ditahan"

Post a Comment