GAMBAR: Bukti MH17 Dilanggar ‘Objek Bertenaga Tinggi’



GAMBAR di bawah terkandung dalam laporan 34 muka surat yang dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda.

Ia jelas menyatakan bahawa tiada petunjuk bahawa nahas MH17 di timur Ukraine itu, yang
mengorbankan kesemua 298 orang dalam pesawat, disebabkan kesilapan teknikal atau tindakan anak
kapal.

Corak kerosakan yang dikesan pada fiuslaj depan dan bahagian kokpit pesawat tidak konsisten dengan kerosakan yang dijangkakan apabila mode, enjin atau sistem pesawat gagal berfungsi.

“Hakikat bahawa banyak kepingan struktur pesawat bertaburan di kawasan yang luas menunjukkan
bahawa pesawat berkecai di udara,” kata lembaga itu.






0 Response to "GAMBAR: Bukti MH17 Dilanggar ‘Objek Bertenaga Tinggi’"

Post a Comment