Lamborghini Aventador Hilang Kawalan, Rempuh Dua Kenderaan Lain


ROSAK...Beginilah keadaan Lamborghini Aventador selepas terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain


SEORANG pemilik kereta Lamborghini Aventador merempuh dua kenderaan lain di utara China, selepas kereta yang dipandu laju hilang kawalan.


Menurut beberapa saksi, pemilik kereta bernilai 580,000 pound (RM3.05 juta) itu memandu melebihi had ditetapkan.


Kenderaan tersebut yang mengalami kerosakan di bahagain hadapan tersebar luas di laman media sosial, Weibo.


"Kenderaan tersebut memecut laju sekitar 180 kilometer sejam sebelum merempuh dua kenderaan lain," kata seorang saksi.


Tiada mangsa mengalami kecederaan dan polis sedang menyiasat punca kemalangan itu. - mStar

0 Response to "Lamborghini Aventador Hilang Kawalan, Rempuh Dua Kenderaan Lain"

Post a Comment