Wednesday, 18 June 2014
Artist
Nora Danish: Kenapa Nak Kutuk Saya?
Pelakon Nora Danish terkejut apabila ada pihak seolah-olah tidak senang apabila dia menjalin hubungan yang sangat erat dengan anak teman lelakinya, Nedim Nazri. Jelas Nora, dia tiada masalah dengan sesiapa dan menganggap bukan satu kesalahan apabila dia sering memuat naik gambar anak kecil Nedim yang bernama Dre.
“Saya terkejut dengan berita ini, tapi setakat ini saya rasa tak ada masalah kalau saya memuat naik gambar anak dia sebab saya tak bergaduh atau bermusuh dengan sesiapa. Bahkan, bukan saya yang musnahkan rumah tangga mereka. Jika saya adalah perampas yang merampas kebahagiaan keluarga mereka, logiklah,” jelas Nora apabila diminta mengulas tentang tindakan seorang individu yang seolah-olah menyindir tindakannya yang sering memuatnaik gambar anak Nedim.
Nora yang agak tertekan dan bingung ketika menjawab persoalan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut memandangkan dia sendiri tidak tahu siapa dan apa yang diperkatakan tentangnya.
“Saya tak tengok lagi apa yang mereka katakan tentang saya. Saya tak nak komen banyak sebab takut salah cakap. Tapi saya rasa lebih baik saya tak tahu siapa dan apa yang mereka katakan. Biasalah dalam dunia ini memang ramai orang yang iri hati dengan kebahagiaan orang lain,” kata Nora.
Nora turut menjelaskan dia tiada masalah dengan mana-mana rakan artis dan tidak sedar jika ada antara mereka yang turut berkata buruk tentang Nora. Tambah Nora, dia tidak pernah menganggu hidup orang lain, jadi kenapa mereka perlu memburuk-burukkan Nora.
“Saya memang tak sedar kalau ada rakan artis yang kutuk saya sebab saya sangat bahagia dengan kehidupan saya. Tak tahu pula ada orang mencemburui kebahagiaan saya sehingga mewujudkan satu kumpulan untuk memburuk-burukkan saya. Tapi apa salah saya? Kenapa nak kutuk saya?” luah Nora.
Berhubung masalah itu, Nora ada memuatnaik gambar di Instagram meminta pihak yang tidak berpuas hati dengannya berdepan dengan Nora dan menyelesaikan kemelut ini dengan baik.
jangan kata artis,jadi org biasa pon ramai je org dengki..banyak sgt yg jenis hasad dengki..
ReplyDelete