Pertamanya, kena diperbetulkan gelaran mereka yang mengikut selebriti di Instagram sebagai peminat. Lebih ramai yang mengikuti perkembangan peribadi seseorang artis untuk menilai pilihan hidup mereka dari menjadi peminat sebenar.
Nabila Huda antara contoh selebriti yang mempunyai ramai pengikut di Instagram namun rata rata mereka akan meninggalkan komen kurang enak setiap kali beliau memuat naik gambar terbaru di akaun tersebut — termasuklah komen berunsur peribadi & soal agama.
Gambar di bawah diambil ketika Nabila Huda menghadiri anugerah Stail EH! yang berlangsung kira kira dua minggu yang lalu dan satu komen dari pengguna bernama Darian Christ telan menjadi perhatian ramai sejak beberapa hari lalu.
Mungkin niat sebenar komen ini adalah untuk memberi sindiran ‘sinis’ buat Nabila Huda tentang gaya hidup dan pilihan yang beliau buat selama ini. Bagi kami, agama sesiapapun sebenarnya satu soal peribadi yang bukan ditentukan oleh orang lain.
Soal bercuti dengan teman lelaki ke luar negara? Kami tidak peduli sangat pun kerana Nabila Huda akan tetap menjadi Nabila Huda. Tetapi kalau anda ingin melihat gambar ‘percutian’ mereka berdua, kami sertakan dibawah untuk tatapan anda. (rtky/m)
0 Response to "GEMPAR!!..Bercuti Dengan Teman Lelaki, Peminat Ajak Nabila Huda Tukar Agama ?"
Post a Comment