DIPERCAYAI terdapat sebuah laman web lucah yang berasal dari negara seberang semakin tersebar di kalangan remaja tempatan yang terpengaruh melayari laman tersebut.
Perkara ini mula dikesan selepas seorang bapa dari Cheras terkejut apabila mendapati anak lelakinya melayari laman web berkenaan, baru-baru ini menurut lapor sebuah akhbar harian tempatan.
Menerusi pemerhatian penulis, laman maya itu memaparkan pelbagai karikatur menggambarkan aksi terlarang dan lucah yang dilakukan sesama ahli keluarga sendiri termasuk antara ibu dan anak, selain datuk dan cucu.
Malah individu yang mewujudkan laman web ini turut menyelitkan dialog dalam setiap karikatur yang dipaparkan malah menggambarkan imej wanita bertudung serta lelaki berserban dalam keadaan menghairahkan.
Kebanyakan komen yang ditinggalkan pembaca seolah-olah memberikan galakan kepada pelukisnya supaya memperbanyakkan lagi karikatur sebegitu kerana mereka menyifatkan hasil seni individu itu sebagai unik dan kreatif.
Diharapkan pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan segera dengan menghalang akses pengguna di Malaysia terhadap laman web yang menunjukkan kelucahan melampau agar pemikiran kanak-kanak yang tidak cukup umur tidak dicemari dengan aksi-aksi negatif sebegini.
0 Response to "MELAMPAU!!..Laman Web Papar Karikatur S*ks Songsang Wanita Bertudung"
Post a Comment