Ayu Raudhah Luahkan Rasa Bersyukur Bersuamikan Zaquan Adha


Bukan minggu yang mudah buat Ayu Raudhah sepanjang beberapa hari lepas kami kira selepas suaminya, Zaquan Adha dikhabarkan sering bersembang dengan perempuan lain di laman sosial seperti Instagram & WeChat.
Walaupun tiada lagi penafian yang datang dari Ayu Raudhah, pelakon itu tampil memberikan satu kenyataan melalui akaun Instagram beliau meluahkan sokongan tanpa berbelah bahagi terhadap suaminya atas apa yang terjadi selain melahirkan rasa syukur.
“Alhamdulillah I sentiasa bersyukur bersuamikan Mohamad Zaquan Adha, no matter what people said! I percaya apa Allah berikan adalah yang terbaik untuk kita sama ada dugaan atau nikmat kebahagian dan semoga Allah memberi kita kekuat menghadapi segala dugaan-Nya dan bersyukur dengan segala nikmat kebahagiaan yg Allah berikan,” tulis Ayu Raudhah.
Bertuah Zaquan Adha beristerikan Ayu Raudhah yang jelas tidak mudah melatah dengan segala tohmahan yang mendatang. Semoga terus berbahagia hendaknya. (rtky/m)

0 Response to "Ayu Raudhah Luahkan Rasa Bersyukur Bersuamikan Zaquan Adha"

Post a Comment